Wednesday 16 October 2013

PROGRAM IBADAH KORBAN TAHUN 2013

TARIKH : 15 OKTOBER 2013 ( 10 ZULKAEDAH 1434)
TEMPAT : PRESINT 16 DAN RUANG LEGAR BLOK C PRESINT 11
MASA     :  SEHARI SUNTUK

Pada 15 Oktober 2013 yang lalu warga Bunga Padi, bersama-sama Penduduk Putrajaya yang telah bergotong royong menjalankan Ibadah Korban a.ka. sembelih lembu.  Penyembelihan dibuat di Presint 16, kemudian di bawah balik ke kawasan jajahan masing-masing untuk sesi potong-potong.  Kiranya ambik masa setengah hari lah sesi potong-memotong ni.  Lepas Zuhur, kaum puteri-puteri dan wanita-wanita a.k.a geng Mak Jemah agihkan rumah kerumah dari tingkat 1 hingga 20.  Walaupun penat tapi sesangatlah gembiran sebab program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.  Kami warga Bunga Padi mengucapkan ribuah terima kasih kepada YB Tengku Adnan bin Mansor di atas sumbangan beliau dalam program ini, tak silap tiap-tiap tahun kot.  Murah rezeki YB. Moga Allah merahmati beliau sekeluarga. Amin.  Terima kasih jugak kepada keluarga Bunga Padi yang bertungkus lumus, bergotong-royong dalam program ini.  Moga diberi ganjaran pahala, kerana ini kerja-kerja sukarela.



Berkojo lah kita sekuatnyo.....







Dari pandangan belakang Ketua Cawangan Bunga Padi


Oit sempat lagi tu angkat tangan



potong-potong

Geng Mak Jemah pun terlibat dengan sesi potong memotong












Sempat posing Timbalan Ketua Cawangan masa agih daging

Add caption

Sambil dukung baby Adam pun tetap hantar sumbangan..


Daaa baby Adam pun ikut agihkan Daging...


Siap sempat borak tu, baguih lah mesra....



No comments:

Post a Comment