Thursday 17 October 2013

Mesyuarat Perwakilan Sayap-Sayap UMNO Bahagian Putrajaya - Pemilihan Kepimpinan Sayap-Sayap UMNO Bahagian Putrajaya

Tarikh:  12 Oktober 2013
Masa: 8.00 pagi - 1.30 petang
Tempat: Dewan Sri Siantan, Dewan Anggerik,Perbadanan Putrajaya, Presint 3


Alhamdullilah pemilihan telah selamat dijalankan dan kami telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing.  Tahniah kepada yang berjaya/atau terpilih dalam pemilihan ini.  Kepada yang gagal cuba lagi pada masa yang akan datang janganlah rasa sedih.  Mungkin belum rezeki anda buat masa ini, mungkin juga Allah mahu memberikan yang lebih baik dari ini. 

Kepada barisan kepimpinan yang baru, selamat maju jaya.  Ayoh maju kehadapan.  Anda mungkin boleh jadi yang lebih baik dari dahulu.  Kepimpinan terdahulu yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.  Semoga segalanya berjalan lancar.  Semoga diredhai Allah dan diberikan kemudahan dalam mengharungi liku-liku memimpin.  Semoga terus dapat membantu agar UMNO terus utuh dan jitu.

Tetapi ingat dalam melaksanakan tanggungjawab, dalam tugas memimpin dan dalam usaha membantu rakyat, sentiasa ingatlah pada Allah, mohonlah pertolongan daripada Allah semoga perjalanan ini berjalan lancar.  Jagalah hubungan dengan Allah terlebih dahulu maka insyallah akan terpelihara hubungan kita sesama manusia. 













Yang bestnya padi ni, balik dah penat-penat pergi perwakilah makanan tersedia, ada orang dah masakan.  Best betul padi ni..hihih










No comments:

Post a Comment